SUMBER
13/03/2011 10:51am
KUALA LUMPUR 13 Mac - Gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut kenyataan itu, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sebelum itu, kawasan terbabit juga dilanda gegaran 6.2 pada skala Rihcter pada pukul 6.12 pagi ini.
Gempa bumi itu berlaku selepas gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan