Harakahdaily |
PETALING JAYA, 24 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia demi membersihkan namanya dan Umno. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi itu, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu. Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka ‘Dato T’ berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. “Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri,” kata Nazmi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Mac 24, 2011
PKR desak Najib jelaskan bincang dalang video
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan