Isnin, Mac 28, 2011

Bot pertama pendatang warga Afrika tiba di Itali. MENGAPA RAKYAT LIBYA LARI KE ITALI?

Bot pertama pendatang warga Afrika tiba di Itali

2011/03/28

LAMPEDUSA: Tiga bot membawa ratusan pendatang warga Afrika yang meninggalkan Libya tiba di Itali semalam iaitu ketibaan pertama ke Eropah sejak kebangkitan penunjuk perasaan anti pemimpin Muammar Gaddafi.

Bot yang membawa kira-kira 800 orang kebanyakannya dari Eritrea, Ethiopia dan Somalia, dibawa ke kawasan berdekatan Linosa berdekatan pulau lebih besar, Lampedusa di mana ribuan pendatang dari Tunisia baru tiba.
Sebahagian daripada pendatang itu - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak kemudiannya dibawa dengan feri ke Sicily dan menaiki bas ke pusat pelarian. - AFP

Tiada ulasan: