Jumaat, Mac 25, 2011

Polis dapat video seks, Omega. MACAM LAWAKLAH PULAK... SKILL ISU LIWAT...

SUMBER


rahim dan Shazryl Eskay memberi keterangan selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan polis ekoran laporan yang dibuat oleh Anwar yang menafikan dia lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video seks.


KUALA LUMPUR – Polis mendapat bahan bukti berupa jam tangan Omega dan rakaman video seks didakwa melibatkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan di Bukit Aman semalam.

Satu sumber berkata, dua bahan bukti penting tersebut diserahkan oleh Rahim dan Shazryl ketika mereka tampil memberi keterangan kepada pasukan khas polis yang menyiasat isu kontroversi yang mula melanda negara pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi trio Datuk T iaitu Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim belum memberi keterangan kerana tidak sihat.

Rahim dan Shazryl masuk ke Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang dan keluar hampir lima jam selepas itu.

“Rahim dan Shazryl memberi kerjasama baik sepanjang proses diambil keterangan mereka,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain rakaman video seks tersebut, difahamkan Rahim dan Shazryl turut menyerahkan beberapa bukti sokongan lain yang mempunyai kaitan dengan perilaku seks didakwa membabitkan lelaki mirip pemimpin pembangkang yang ada dalam rakaman video itu

Tiada ulasan: