Jumaat, Mac 25, 2011

P’raya Sarawak: Pemuda Pakatan keluar manifesto bersama. BUAT KEJUTAN!

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.
Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata perkara itu dicapai pada pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP pada 23 Mac lalu di Kuching.

“Kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihan raya Negeri yang dijadualkan pada 16 April ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac ini di bandar.
Menurutnya, wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.

Tiada ulasan: