Sabtu, Mac 26, 2011

Taib pertahan empayar bisnes di alam siber. JANGAN MARAHLAH TS TAIB.. BERANI KERANA BENARLAAH...


Kuek Ser Kuang Keng
Mac 26, 11
12:36pm
Kongsi 65
Kurang sebulan sebelum pilihan raya ke-10 Sarawak, ketua menteri paling lama negeri itu, Tan Sri, Abdul Taib Mahmud, melancarkan kempen di alam siber bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

NONEDalam satu wawancara yang dimuat-naik di portal Youtube, Taib menjelaskan modal permulaan perniagaan anak perempuannya, Jamilah diperolehi daripada bayaran gratuiti yang diterimanya selepas bersara sebagai menteri persekutuan. Namun, kerana kebijaksaan anaknya itu, empayar perniagaan itu berjaya dikembangkan.
Video sepanjang empat minit itu berjudul “Perniagaan Jamilah di Kanada berjaya kerana beliau cekap' dimuat naik pada Selasa lalu, Taib berkata empayar perniagaan Jamilah diasaskan 20 atau 30 tahun yang lalu.

"Betul, anak saya membuat duit, ya, agak banyak. Saya tidak tahu sama ada mereka kata 100 juta itu betul...di Kanada.

"Semuanya bermula (apabila) saya beri wang kepada anak perempuan saya. Saya letak jawatan dari kerajaan persekutuan. Saya dapat gratuiti, saya berinya sebahagian daripada wang itu untuk memulakan perniagaan dan ia berkembang.

NONE"Ia syarikat hartanah. Apabila bandar kita masih kecil, beliau mempunyai pandangan untuk membeli tanah dan kemudian menjualnya,” kata Taib.

Taib dilantik menganggotai kerajaan persekutuan pada tahun 1968 dan telah memegang pelbagai portfolio di Kuala Lumpur sehingga 1981 apabila beliau pulang ke Sarawak.

Semasa wawancara itu, beliau menafikan modal permulaan Jamiliah datang daripada dana awam.

"(Perniagaannya bermula) sekitar saya jadi ketua menteri, ya, jadi saya buat duit dengan jadi ketua menteri? Awak tahu negeri yang macam mana saya waisi pada 1981?

"Tiada siapa yang mampu beri duit ketika itu. Maaflah, saya maksudkan... tetapi sekarang, ya, kalau saya hendak jadi korup, saya boleh dapat banyak wang.”

Beliau kemudian mempertahankan Jamilah dan menantu Kanadanya, Sean Murray dengan mengatakan penilaian tepat mereka dalam pelaburan hartanah punca kejayaan syarikat itu.

“Tetapi awak tahu, jika anak perempuan saya bodoh atau menantu saya bodoh, mereka tidak akan buat duit sebegitu banyak, (kemudian) itu bukan satu isu. Mungkin saya terpaksa tanggung mereka hari ini (gelak).

NONE“Tetapi mereka agak berjaya, mereka juga buat perniagaan di London dengan membeli bangunan, memuliharanya dan kemudian menjualnya. Itu agak luar biasa,” katanya.

Menurut laman sesawang anti -Taib, Sarawak Report, keluarga ketua menteri itu mempunyai empayar perniagaan hartanah yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Kebanyakannya dikuasai oleh pasangan tersebut.

Tiada ulasan: