Khamis, Mac 31, 2011

TNB serah zakat perniagaan RM7.2 juta kepada Kedah dan Selangor

30/03/2011 9:57pm

KUALA LUMPUR 30 Mac - Tenaga Nasional Bhd (TNB) baru-baru ini menyerahkan zakat perniagaan bernilai lebih RM7.2 juta kepada negeri Kedah dan Selangor bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.
Zakat perniagaan negeri Kedah berjumlah RM5.24 juta, diserahkan oleh Pengurus Besar Tabung Haji Kedah Shuib Othman kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Zakat perniagaan berjumlah RM1.965 juta pula diserahkan oleh Pengurus Besar Negeri Selangor Datuk Abdul Basir Abdul Ghani, yang mewakili TNB, kepada anggota Majlis Agama Islam Selangor Prof Madya Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri.
Majlis penyerahan bagi peringkat negeri Selangor berlangsung di Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
Dalam kenyataan media hari ini TNB berkata, pembayaran zakat kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri itu merupakan antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat. - Bernama

Tiada ulasan: