Selasa, Mac 22, 2011

PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak. 3 FOKUS UTAMA DIBERI PERHATIAN!


SUMBER
Khairil Abdul Rahim   
TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu  telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan,” katanya di pejabatnya di sini.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS Alem Din PAS hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat

“Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni.

Kedua isu pembangunan, di mana pembangunan sangat teruk di Sarawak. Bayangkan hanya setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, kemudahan asas sudah tidak ada. Bagaimana kerajaan mahu membawa Malaysia maju 2020.

“Ketiga, isu pengabaian terhadap rakyat oleh oleh Adun-Adun BN sehingga ada di anatara mereka yang tidak pernah turun padang menjenguk rakyat,” katanya yang baru pulang dari Sarawak.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka.

Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu.

“Bayangkan, terdapat dua jurang masyarakat yang melampau di Sarawak iaitu yang kaya sangat kaya manakala yang miskin pula terlampau miskin.

“Jadi sasaran kita ialah berusaha untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di dewan bagi memperjuangkan hak rakyat yang tidak menggambarkan di negara 50 tahun merdeka.

“Sebab itu pada seminar anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat di Sarawak yang saya hadiri dulu ada sedikit sambutan. Saya katakan kepada mereka bahawa perubahan dan kekuasaan berada di tangan rakyat sendiri,” katanya.

Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi.

“Kita harap pengundi Sarawak akan menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa ‘tsunami politik 2008’ masih berjalan.”

Tiada ulasan: