Rabu, Mac 23, 2011

LIWAT :Tuala, berus gigi dan botol minuman diterima sebagai bukti. SERAHAN DNA DIBATALKAN!!!

Tuala, berus gigi dan botol minuman diterima sebagai bukti. DNA TAK PERLU DIBERI...

23/03/2011 12:58pm

KUALA LUMPUR 23 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.
Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Ekoran keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden memaklumkan akan memanggil semula dua orang saksi iaitu Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan untuk mengemukakan bukti dan hasil ujian DNA yang dibuat ke atas barangan tersebut.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian. - Utusan

Tiada ulasan: