Rabu, Mac 23, 2011

Video seks: Hisham saman Anwar jika terus kaitkan beliau



SUMBER

23/03/2011 7:44pm

KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas. 

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: