DUN Sarawak: DAP tanding 15 kerusi, Pas 5
2011/03/28
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, sementara PAS di lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini. Bagaimanapun, baki 51 kerusi yang akan ditandingi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih dalam rundingan dan akan dimuktamadkan dalam jangka masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan