Khamis, Mac 24, 2011

TIMBALAN KETUA MENTERI BARU SABAH!



TAHNIAH SABAH DAPAT TKM BARU- TKM KEDUA DARI PBS?!!!

Dr Yee Moh Chai dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah


2011/03/23
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata Yee akan mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Peter Pang En Yin yang menyertai Gerakan dan digugurkan pada 16 Mac lalu tetapi dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dr Yee, 56, adalah Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api.

Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri. Dua yang lain ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin. - BERNAMA

SUMBER :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DrYeeMohChaidilantikTimbalanKetuaMenteriSabah/Article/index_html

Tiada ulasan: