Khamis, Mac 17, 2011

PAS Sabah nafi ahli sertai Umno! UMNO DAKWA PAS GUNA MASJID UNTUK POLITIK? UMNO TAK GUNA MASJID KA?

sumber
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16 Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna masjid, surau sebar politik kata Jumat”.

“Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kampung Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang. 

“Oleh yang demikian kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Abdullah dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, PAS negeri juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa.

Tegasnya lagi, PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

Berhubung tuduhan PAS menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik, katanya PAS ingin mencabar Umno dengan memberi bukti-bukti bahawa Umno tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan parti itu.

Beliau menambah, PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri itu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.

“PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional,” ujarnya.
---------------------------

RESPON: DALAM RADIO SABAH- JAM 5.30 PETANG KELMARIN TURUT DISEBUT HAL TERSEBUT. YANG BEST LAGI EN JUMAT (UMNO SEPANGGAR) MINTA JAKIM DAN JAHEINS SABAH MEMANTAU PERGERAKAN PAS DI MASJID.. SALAH GUNA... HE HE

Tiada ulasan: