Jumaat, Mac 25, 2011

Umat Islam diseru sertai Solat Hajat 28 Mac. MUNAJAT KEPADA ALLAH MEMBANTU UMAT YANG DIZALIMI DI MALAYSIA!



Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 25 Mac: Umat Islam yang berada di Selangor termasuk negeri sekitarnya diseru hadir program Solat Hajat pada 28 Mac di Stadium Malawati, di sini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, solat hajat ini diadakan bagi menangkis fitnah jahat dan jijik terbesar selepas negara merdeka kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi BN.

Menurutnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib khas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan solat hajat akan dilakukan selepas Solat Isyak.

Setelah itu, akan berlangsung sesi Pidato Khas disampaikan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berucap malam itu.

Ustaz Idris menambah, rakyat Selangor khususnya dan juga dari negeri lain  perlu hadir untuk sama-sama memohon ke Hadrat Ilahi bagi menangkis fitnah besar ini bagi mengelakkan kemusnahan negara.

"Meskipun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang semua bobrok itu berlaku tetapi harus ingat kita ada Allah SWT. Yang  Maha kuasa untuk membantu kita.

"Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai Doa adalah senjata orang Mukmin kerana itu umat Islam wajar kembali kepada-Nya dalam semua hal kehidupan," tegasnya.

Tiada ulasan: