Isu novel Interlok selesai (KOSMO.COM.MY)
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan novel itu dianggap menyentuh sensitiviti kaum India di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis, Datuk Abdullah Hussain dipaparkan pada kulit hadapan novel."Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif, tiga adalah berkaitan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan 'paria' daripada novelnya.
"Tiga perkara lagi berkaitan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan," katanya.
-----------------------------------
Isu Interlok belum selesai, panel kata 'belum puas' (MALAYSIAKINI.COM/BM)
Selain "belum puas", masih terdapat banyak wakil masyarakat India yang tetap mahukan novel Datuk Abddullah Hussain itu digugurkan sebagai teks sekolah.
Bagi penulis Uthaya Sankar SB (kiri) yang juga anggota panel bebas Interlok, walaupun semua cadangan pindaan dipersetujui, ia cuma melibatkan bahagian menyentuh sensitiviti kaum India sahaja.
"Saya secara peribadi belum puas sebab saudara Melayu dan saudara Cina saya, ke mana pergi suara mereka sebagai panel bebas?" soalnya.
Beliau mendedahkan, anggota panel yang ditugaskan mencari perkara sensitif bagi Melayu dan India telah menarik cadangan mereka sebelum ini.
"(Jadi) macam mana kami hendak perjuangkan, ia (cadangan berkaitan itu) tidak ada," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan