Isnin, Mac 28, 2011

Ceramah DNA: Siasatan ke atas PKR ditunda Rabu

Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Mac 28, 11
3:03pm
Kongsi 77
Siasatan ke atas timbalan presiden PKR, Azmin Ali; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari kerana mengadakan ceramah tanpa permit pada Jumaat lalu telah ditunda ke Rabu ini.

NONEPeguam Azmin, N Surendren ketika dihubungi Malaysiakini berkata siasatan yang dijadualkan di ibu pejabat polis Ampang terpaksa ditunda kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diperlukan hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula hari ini.

Sidang DUN itu dirasmikan oleh Sultan Selangor di Shah Alam, pagi ini.

"Kami telah maklumkan kepada polis mengapa Azmin tidak boleh hadir untuk soal siasat hari ini dan mereka telah menjadualkannya Rabu ini,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya, Azmin juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa menyalah-gunakan kuasa mereka.

Tiada ulasan: