Isnin, Mac 21, 2011

Taib: Calon BN S'wak saksi perubahan besar dalam PBB. KM SARAWAK TAK PERNAH MENIPU RAKYAT?


Mac 21, 11 6:18pm
Kongsi 4
Barisan calon BN Sarawak bagi pilihan raya negeri akan datang yang dijadual diumumkan sehari sebelum penamaan calon, bakal menyaksikan perubahan besar dalam senarai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dari segi muka baru yang akan dicalonkan.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB berkata sudah menjadi amalan pengumuman senarai muktamad calon hanya dibuat selepas disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN pusat.

"Saya masih belum menerima senarai bagi tiga lagi parti komponen BN negeri tetapi kira-kira sesuku daripada 35 calon PBB adalah muka baru dan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak 2011 di Kuching hari ini
.

"Jika anda mengkaji kelakuan saya lebih 30 tahun lepas, saya tidak pernah berbohong atau bermain politik kotor," katanya semasa diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang behawa beliau bersikap "kabur dan terumbang-ambing" mengenai perancangannya untuk meletakkan jawatan, termasuk tidak menamakan penggantinya.

Tiada ulasan: