Rabu, Mac 23, 2011

TAWARAN BELAJAR DI JEPUN BUAT SARJANA.. SATU PENGIKTIRAFAN WALAU JEPUN PERNAH MENJAJAH...

JIKA INGATKAN KISAH SILAP KEJAHATAN JEPUN BUAT KAT MALAYSIA.. EMM.. TAK MERASA LAH NAIK AVANZA HARI NI.. TAK MERASALAH TERJEMAHAN CERITA KARTUN JEPUN PETANG-PETANG.. HE HE

 

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2012) PERINGKAT SARJANA

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN (MONBUKAGAKUSHO : MEXT 2012) PERINGKAT SARJANA
 
Tarikh Tutup
 
21 Mac 2011 (Isnin)
Biasiswa yang ditawarkan
Postgradute (Research Scholarship) 2012
 
Peringkat
 
Ijazah Sarjana
 
Tempat
 
Universiti di Jepun
 
Kategori
 
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
 
Penaja
 
The MEXT (Ministry of Education, Culture, Sports, Science, and Technology)  under Japanese Government
 
Rujukan
 
 
 
Syarat-syarat Permohonan
 
 
Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar yang ditetapkkan seperti berikut:
 
1.    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
 
2.    Telah disahkan dalam perkhidmatan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
 
3.    Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kursus bermula;
 
4.    Memperolehi markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut (2007, 2008 & 2009 atau 2008, 2009, 2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
 
5.    Telah membuat perisytiharan harta dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh cuti belajar berkuatkuasa;
 
6.    Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
 
7.    Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain;
 
8.    Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus jangka panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan. (dikira dari tempoh kursus bermula);
 
9.    Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
 
 
Dokumen Permohonan
 
 
Borang Kementerian Pelajaran Malaysia
1-    Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2010
2-    Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM(BT) LD 2/2010)
3-    Borang Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM(BT) LD 3/2010)
 
Borang Jabatan Perkhidmatan Awam
1-    Borang JPA(L) LDP 1A/96
2-    Borang JPA(L) LDP 1B/96
 
Borang MEXT
1-    Application Form
2-    Guidelines
 
 
Semua dokumen permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 20 Mac 2011 (Isnin) ke alamat berikut :-
 
SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR
(u/p : PUAN ZALINA BINTI MORAD)
 
 
Pegawai Bertanggungjawab
 
 
Puan Zalina binti Morad
Tel     : 03 – 8321 7143/7150
Faks   : 03 – 8321 7103
 
Puan Normawani binti Mohamed @ Awang
Tel     : 03 – 8321 7151
Faks   : 03 – 8321 7103
 
 

Tiada ulasan: