SUMBER
|
|
KLUANG 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Pemulihan Pemasyarakatan bukan sahaja membantu banduan melalui proses asimilasi dan interaksi sebelum kembali ke pangkuan masyarakat malah mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, menerusi program itu, banduan turut berintergrasi secara positif dengan masyarakat sebelum mereka dibebaskan."Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa banduan tadi, mereka menyambut baik program ini dan sambutan amat menggalakkan.
"Malah, mereka merasakan suasana di sini amat baik. Mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat yang mampu menimbulkan keinsafan dalam diri mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan