Ahad, Mac 27, 2011

Anwar elak jawab ‘hilang 9.20 malam’ 21 Februari lalu .. KONON-KONONNYA DS ANWAR BERADA DI LOKASI KEJADIAN LER TU?


BUKIT MERTAJAM 26 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.
Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir di sini hari ini hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.
Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.

Tiada ulasan: