Rabu, Mac 16, 2011

Peter Pang digugur timbalan ketua menteri Sabah

Mac 16, 11 2:55pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan timbalan ketua menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

NONEBagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai menteri belia dan sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai timbalan ketua menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di Kota Kinabalu hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September tahun lepas selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.

- Bernama

Tiada ulasan: