Khamis, Mac 10, 2011

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan. CAKAP LAIN, TULIS LAIN?

Mac 10, 11 10:44am
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama semalam yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

nasharuddin mat isa parliament pc 160609Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi semalam, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.
Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

Tiada ulasan: