Ahad, Mac 06, 2011

Ramalan: Kerdau, Merlimau tetap milik BN??? JOM BACA!


Ong Kian Ming
Mac 5, 11
6:20pm
Kongsi 140
Pengundian bagi pilihan raya kecil bagi dewan undangan Kerdau dan Merlimau berlangsung esok. Mengikut pensyarah di Universiti Duke, Ong Kian Ming yang memegang ijazah kedoktoran dalam sains politik, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal di tangan BN.

Bagi kerusi Merlimau, beliau menjangkakan tambahan kira-kira 6 peratus di kalangan pendundi Melayu.
Merlimau - PAS tumbang, BN menang lebih 4,000 majoriti

Ong juga berkata sokongan masyarakat Cina di Merlimau juga telah naik sehingga 5 peratus. Ini kerana usaha-usaha yang dijalankan MCA yang bermula sebelum Tahun Baru Cina lagi dan juga kerana kelemahan di DAP di kawasan itu.

azlanKatanya, bagi pengundi India pula, beliau menjangkakan tambahan 45 peratus kembali ke BN kerana tidak ada startegi bersepadu oleh Pakatan Rakyat untuk mengekalkan undi mereka.

Faktor itu juga dikatakan ada kaitan dengan kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menembus masyarakat India pada peringkat nasional dan pengunduran Datuk Seri Samy Vellu sebagai presiden MIC juga dikatakan memberi kesan.

Secara keseluruhan, Ong berkata BN akan mendapat tambahan 11 peratus undi popular dan akan mengekalkan Merlimau dengan kelebihan 4,000 undi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Jan lalu akibat serangan jantung.
Kerdau - BN menang dengan majoriti 2,500 undi

Bagi kerusi Kerdau, Ong berkata tambahan sokongan Melayu kepada BN hampir sama coraknya dengan apa yang berlaku pada peringkat nasdional tetapi peningkatan sokongan masyarkat Cina akan naik 7 peratus kerana kehadiran ahli-ahli MCA yang lebih besar ke kawasan itu.

azlanBeliau juga berkata bilangan sokongan masyarakat India akan naik 20 peratus berbanding sokongan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Namun kerana jumlah pengundi Cina dan India yang agak kecil, kemenangan BN di Kerdau tidak banyak bezanya berbanding 2008.

Justeru, Ong meramalkan BN akan menang dengan majoriti 2,500 undi, hampir dengan majoriti yang dicapainya pada 2004.

Pada pilihan raya kecil DUN Kerdau pula, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lalu akibat serangan jantung.

Tiada ulasan: