Rabu, Mac 16, 2011

Misi Smart ke Jepun ditangguh. UNIT-UNIT YANG TERLIBAT KENA REHAT DULU...

SUMBER


ANGGOTA pasukan Smart memunggah barangan dan peralatan untuk misi menyelamat di Jepun ke dalam pesawat Hercules C-130 di Subang semalam.


SUBANG - Misi mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di Sendai, Jepun yang sepatutnya berlepas semalam terpaksa ditangguhkan kerana dua pesawat yang akan menerbangkan mereka ke negara itu belum mendapat kebenaran mendarat.

Serentak dengan itu, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md. Saad berkata, kesemua 56 pegawai dan anggota yang menyertai misi itu diarah kembali ke pangkalan masing-masing.

Antaranya adalah 17 pegawai dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), pegawai dari Unit Bahan-bahan Berbahaya (Hazmat), Unit Pengesan dan Unit Struktur Runtuh Jabatan Bomba dan Penyelamat (15), Kementerian Kesihatan (7), Persatuan Bulan Sabit Merah (4), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pegawai MKN masing-masing tiga orang.

Rodzi berkata, pihaknya setakat ini belum menerima surat kebenaran dua pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendarat di Jepun.

Tiada ulasan: