Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguambela Karpal Singh bagi mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, beliau berkata terdapat pertikaian mengenai cara beberapa barangan diperolehi.
Sehubungan itu, beliau menangguhkan sidang mahkamah hari ini dan berkata perbicaraan bersambung jam 2.30 petang esok bagi perbicaraan dalam perbicaraan.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang malam semalam sempat berkempen pada pilihan raya kecil Merlimau, tengahari tadi kembali ke kandang tertuduh untuk menyambung perbicaraan kes liwat yang membabitkan dirinya.
Karpal dalam hujahnya berkata perbicaraan dalam perbicaran itu perlu berikutan permohonan pihak pendakwaan yang mahu beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana anwar ditahan semalaman antra 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - dikemukakan sebagai barangan bukti.
Tiga barangan itu - botol air minum, berus gigi dan tuan - kemudiannya dianalisis oleh ahli kimia Nor Aidora Saedon dan beliau menjumpai DNA 'Lelaki Y'.
Sehubungan itu, Karpal memohon perbicaraan dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada barangan tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia diperolehi secara tidak adil dan tidak sah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan