Rabu, September 30, 2009

Sinis Bagan Pinang! Santai-santai..

Isa Samad akhirnya diumumkan sebagai calon Umno untuk PRK Bagan Pinang. Walau pun Wanita Umno tidak menyetujuinya, Mahathir juga tidak bersetuju termasuk Muhyidin sendiri, namun Muhyidin terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang. Kesudahannya dia sendiri yang mengumumkan Isa adalah calon PRK Bagan Pinang.

Dua-dua Betul

SATU - Pesaing di Bagan Pinang sudah diketahui. PAS, Zulkefli Mohamad Omar dan BN, Mohd Isa Abdul Samad. Zulkefli ada kehebatannya tersendiri,

begitu juga Isa.

P/Raya punyai pasai, tukar nama Port Dickson

he he.. lawak PM kita.. rakyat boleh baca.. dekat-dekat masa p/raya.. dekat-dekat nyawa BN di hujung tanduk, dia buat lagi benda pelik.. agar rakyat rasa segalanya BN yang punya, BN yang buat jalan (sedang itu t/jawab kerajaan yang memerintah) dan selayaknya kekal dipilih pada 11 Oktober nanti!
asal Bandar pelancongan terus jadi
Bandar Tentera Darat!
Yang pertama di M'sia...

Lagi Bala Di Kelantan! Ribut Luar Biasa...

Remaja perempuan maut, 6 jajahan dilanda ribut luar biasa

KOTA BHARU: Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok manakala ratusan rumah rosak teruk akibat dilanda ribut luar biasa dan hujan lebat hari ini berikutan hampirnya musim tengkujuh yang melibatkan tujuh jajahan di negeri ini yang berdekatan kawasan pantai.

Dalam kejadian selama hampir sejam itu, puluhan kereta rosak dan kemek akibat dahan-dahan pokok yang patah, barang-barangan ringan berterbangan termasuk kerusi dan tong sampah serta papan tanda jalan runtuh di sekitar bandar Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Pasir Puteh, Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok.

Kejadian ganjil yang pertama pada tahun ini, turut mengorbankan seorang remaja perempuan, Nurul Ain Ibrahim, 19, ditimpa sebatang pokok yang patah secara tiba-tiba ketika ia cuba mencari tempat berteduh daripada ribut di Pantai Kemayang, Bachok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saiful Bahari Mohd Nor berkata, mangsa berada di dalam kedai makan dan cuba untuk melarikan diri apabila ribut kuat melanda.

"Ketika kejadian kira-kira 3.40 petang tadi, mangsa sedang berselindung bersama teman lelakinya, Zamri Mustafa, 24, di sebuah kedai makan di pantai terbabit sebelum tiba-tiba ribut luar biasa melanda kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Saiful Bahari berkata semua pelanggan di restoran itu lari bertempiaran menyelamatkan diri jauh dari kawasan kedai makan itu termasuk teman lelaki mangsa, bagaimanapun mangsa hanya lari dan berteduh berhampiran kawasan kedai terbabit.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya berlari mencari tempat berteduh yang lain setelah dipanggil teman lelakinya dan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada kawasan kedai terbabit.

Menurut saksi, Siti Noor Ismail, 40, ketika pasangan itu cuba lari ke tempat lain sebatang pokok Ru patah dan menimpa mangsa.

"Orang di kedai saya lari arah lain, pasangan mangsa itu lari arah berlainan dan tiba-tiba pokok tumbang. Ia turut menimpa bahagian hadapan kedai saya dan mangsa dihempap pokok itu juga menyebabkan kecederaan parah di kepalanya dan meninggal di tempat kejadian," katanya.

Saiful Bahari berkata, mayat Nurul Ain dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Sementara itu, di Pantai Cahaya Bulan sebanyak 70 rumah rosak akibat bumbung tercabut akibat ribut.

Tinjauan Bernama mendapati banyak atap diterbangkan ribut menyebabkan keadaan di dalam rumah rosak besar dan kerosakan serius kepada peralatan elektrik.

Jurucakap polis berkata keadaan yang sama turut berlaku kepada puluhan rumah di Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh dan Rantau Panjang dan banyak rumah terjejas akibat atap-atap diterbangkan ribut dan ada yang terjejas akibat dihempap pokok.

Tinjauan juga mendapati ramai pengunjung restoran bertempiaran lari apabila perabot seperti kerusi diterbangkan ribut termasuk sampah sarap di jalanan di sekitar bandar Kota Bharu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Othman berkata pihaknya menerima 45 laporan kes berhubung kejadian ribut itu termasuk pokok tumbang dan kecederaan.

"Kita menerima 11 kes kejadian pokok tumbang di Tumpat, 10 kes di Pengkalan Kubor, tujuh di Pasir Puteh, enam di Kuala Krai, manakala masing-masing empat kes di Ketereh dan Pasir Mas serta tiga kes di Bachok," katanya.

Beliau berkata hanya satu kematian diterima pihaknya iaitu di Bachok itu. - Bernama
---------------------------------

Negeri Kelantan Di Bawah Tok Guru pun tidak lari dari ujian/bala sebegitu.. Inikan pula negeri yang mana MB nya tak 'komitmen' hal agama ntah teruk lagi ujian/bala dari Allah..

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK! ALHAMDULILLAH..

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tarik balik amaran tsunami(b.harian.com.my)

KUALA LUMPUR: Selepas kurang satu jam Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami ke atas Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, pusat terbabit menarik balik amaran berkenaan.


Ia susulan gempa bumi kuat yang melanda selatan Sumatera berukuran 7.9 Richter pada jam 6.20 petang tadi yang turut menggegarkan pantai barat Semenanjung.

Laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), menyatakan bahawa gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.

---------------------------------------------------

teringat kita tsunami 2004.. rupanya dah 5 tahun berlalu.. apakah kita tak terasa bahana yang makin menjadi-jadi sebagai satu 'jentikan' telinga yang 'pekak' dari PERINGATAN ALLAH?

Bala- Bala- Bala.. Kes Chikungunya meningkat di Sarawak?..


Kes Chikungunya meningkat di Sarawak (utusan.com.my)
30/09/2009 6:53pm

KUCHING 30 Sept. — Kes Chikungunya kini semakin meningkat dan merebak di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan hari ini.

Beliau berkata, Chikungunya, sejenis penyakit viral yang menjangkiti manusia menerusi gigitan nyamuk Aedes, mencatatkan peningkatan mendadak di negeri ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

“Tiada laporan mengenai kes Chikungunya tahun lepas tetapi sejumlah 397 kes dilaporkan di negeri ini, termasuk di Betong dan Kuching tahun ini.

“Demam Chikungunya semakin merebak di negeri ini tetapi tidaklah serius kerana belum ada kematian akibat penyakit ini,” katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai kedudukan terkini Influenza A(H1N1) dan jerebu di negeri ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia. - Bernama

--------------------------

Sedarkah kita.. segalanya terjadi pada saat-saat kita alpa dan lalai dari ingat kepada Allah.. apakah datang TSUNAMI depan muka kita, baru mahu berlari???

Bala di Philipina, Negara Yang Membunuh Umat Islam, Inikah Bala?..

Lokasi Philipina

Bendera Rasmi Philipina

* rakan saya beritahu, ntah betul ntah tidak.. asal nama Philipina ialah FI AMANILLAH (FI=DALAM AMAN = KEAMANAN ALLAH= ALLAH).. agaknya sebab itulah Selatan Mindanao ingin bebas dari Kerajaan Philipina (Kristian) yang telah memusnahkan kebahagian Islam satu masa dahulu....
---------------------------------------------------------------

Mangsa banjir Filipina cecah dua juta orang

MANILA: Angka mereka yang menjadi mangsa banjir besar di Filipina akibat Taufan Ketsana mencecah lebih dua juta orang.

Angka terbaru dikeluarkan kerajaan itu menyebut, seramai 389,616 kini penuh sesak mendiami 561 pusat pemindahan sementara di sekitar ibu negara Manila dan wilayah timur negara itu.

Sementara 346,581 orang lagi menetap di kediaman masing-masing atau menumpang di rumah rakan dan sanak saudara, menurut Majlis Koordinasi Bencana Filipina, hari ini.

Angka kematian kini kekal 246 orang manakala 42 orang masih dilaporkan hilang.

Ribut tropika Ketsana yang membawa hujan paling lebat dalam tempoh 40 tahun melanda Manila serta 80 peratus kawasan di pinggir ibu negara itu. - AFP

------------------------------------------

Taufan Ketsana: EU sedia beri bantuan kemanusiaan

30/09/2009 4:45am

BRUSSELS 30 Sept. – Kesatuan Eropah (EU) semalam memberitahu bersedia untuk membantu negara-negara Asia yang dilanda taufan Ketsana dengan bantuan kemanusiaan.

Jurucakap EU, John Clancy berkata, pejabat bantuan ECHO Suruhanjaya Eropah telah pun memberi bantuan kecemasan sebanyak 2 juta euro (RM10 juta) kepada Filipina yang dilanda taufan tersebut dan menyebabkan lebih 246 orang terbunuh.

Sementara itu, di Vietnam pula, kira-kira 31 orang terbunuh manakala 170,000 lagi terpaksa dipindahkan di Hanoi, apabila taufan Ketsana disertai angin kuat melanda pantai tengah negara itu, semalam.

Menurut Clancy, dua pakar bantuan kini berada di Manila untuk melihat apa yang diperlukan oleh Filipina, sementara kumpulan bantuan lain di rantau diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. – AP

Add to Google

Bala Lagi :Taufan Ketsana sebabkan banjir dan mengorban 38 orang di Vietnam

*kesan taufan Ketsana, Vietnam!

Taufan sebabkan banjir dan mengorban 38 orang di Vietnam(utusan.com.my)

30/09/2009 11:30am
DANANG 30 Sept. - Banjir terbesar dalam tempoh sedekad telah melanda bahagian tengah Vietnam hari ini diikuti oleh taufan kuar yang menyapu negara itu selepas menyebabkan keadaan huru-hara di Filipina.

Kerajaan berkata, 38 orang terbunuh dan 10 lagi masing hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di lapan kawasan pantai dan tengah wilayah itu.

Air sungai di Quang Nam melimpah hari ini, yang kali terakhir terjadi pada tahun 1964, laporan cuaca menyebut.

"Dari udara, kita dapat melihat kawasan sekitar Danang terputus akibat banjir," kata seorang saksi. "Ombak dari laut menghempas jalan sepanjang pantai Danang dan menghanyutkan beberapa kapal ke pesisir pantai."

Taufan Ketsana melanda Vietnam lewat semalam membawa hujan lebat ke tengah Vietnam dan menyebabkan 294,000 buah musnah, rosak atau ranap disebabkan banjir.

Kira-kira 357,000 penduduk di 10 wilayah telah dipindahkan. - Reuters

------------------------------------

Ketsana: 49 terbunuh di Vietnam, Kemboja

HOI AN, Vietnam: Taufan Ketsana yang melanda beberapa negara Asia Tenggara semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh di Vietnam dan Kemboja. Taufan itu kini bergerak ke Laos.

Beribu-ribu penduduk kelam kabut keluar meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamat diri dari banjir besar disebabkan oleh Ketsana yang sudah pun meragut 246 nyawa di Filipina, Ahad lalu.

Banjir melanda teruk Vietnam termasuk tapak bersejarah UN World Heritage, sementara pasukan penyelamat bertungkus lumus cuba menyelamat penduduk yang terperangkap serta mengedarkan bekalan makanan kepada penduduk yang terselamat. - AFP

----------------------- yusz felda :

Bala Allah menyerang bertubi-tubi! Siapkan diri kita!

Add to Google

Tawau- Dilanda Jerebu, Patutlah...

Tawau catat IPU tidak sihat pagi ini(utusan.com.my)

30/09/2009 11:07am

TAWAU 30 Sept. — Tawau merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini apabila bacaan IPU di daerah itu melebihi 100 pada 7 pagi tadi.

Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya, IPU Tawau pagi ini mencatatkan bacaan 101 berbanding 88 pada petang semalam.

Bagaimanapun kawasan lain di Sabah masih mencacat IPU sederhana dengan Sandakan dan Kota Kinabalu masing-masing mencatat 66 dan Keningau 65.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatat bacaan IPU 89 pada 7 pagi tadi.-Bernama

------------------ yusz felda said :

Patutlah.. ingat jam 6 petang, cuaca gelap.. tengok jam.. rupanya baru jam 5.. ntah lah di mana punca ni...

Terkini! Gempa Bumi di Sumatera! Amaran Tsunami!

KEDUDUKAN INDONESIA


JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, demikian menurut agensi geofizik dan metereologi negara itu.

Gempa kuat di Sumatera(utusan.com.my)

30/09/2009 6:45pm

JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat. - AFP

Gempa bumi melanda Sumatera(hmetro.com.my)

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda perairan Sumatera, Indonesia hari ini, tapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi geofizik dan meteorologi Indonesia, melaporkan gempa bumi itu berlaku di lautan pada 5.16 petang waktu tempatan, 78 kilometer di Tenggara bandar Padang, di wilayah Sumatera Barat.

Saluran TV tempatan, MetroTV melaporkan terdapat beberapa bangunan runtuh dan kebakaran berlaku di banyak tempat di Padang, bandar yang memiliki kira-kira 900,000 penduduk.

Ramai penduduk didapati panik berlari menyelamat diri ke jalan raya .

-------------------------AMARAN TSUNAMI! --------------------------

Gempa bumi: Amaran tsunami dikeluarkan(UTUSAN.COM.MY)

30/09/2009 6:58pm

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini. - AP

Amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India, Thailand(BHARIAN.COM.MY)

JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia.


Setakat ini tiada laporan segera mengenai ketinggian ombak dan mereka yang cedera. - AP

------------------------------

Gegaran susulan 5.4 Richter selang 20 minit

KUALA LUMPUR: Gegaran kedua gempa bumi berukuran 5.4 Richter yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.38 petang tadi, susulan gempa pertama kira-kira 20 minit lalu.

Ia turut menggegarkan pantai barat Semenanjung berikutan gempa pertama berukuran 7.9 Richter di pusat gempa selatan Sumatera.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.


Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya petang ini bahawa tiada amaran ancaman tsunami berikutan kejadian gempa kuat itu.

Tsunami Datang Lagi!. Samoa Amerika

Permandangan kesan tsunami di Samoa Amerika


Pulau Samoa Amerika



Kedudukan Pulau Samoa Amerika


Sebuah bot kelihatan terdampar di dalam sebuah bangunan di Pago Pago, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 82 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

Selasa, September 29, 2009

TERKINI! DOA SAYA DIMAQBULKAN ALLAH>> TAN SRI ISA SAMAD CALON BN DUN BAGAN PINANG!

PILIHANRAYA N.31 - DUN BAGAN PINANG, NEGERI 9 PADA 11 OKTOBER NANTI !

matilagi

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

08e3ebebc2ed6bf3f188aa3d68ffdfc3

-------------------------------------------------------------------------

Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang(UTUSAN.COM.MY)

29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang

pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

------------------YUSZ FELDA SAID :

"AKHIRNYA DOA SAYA DIMAQBULKAN ALLAH.. SAYA MAHU SANGAT TAN SRI ISA SAMAD JADI CALON.. MENGAPA? MUDAH KEMPEN..

BAYANGKAN PUNYA RAMAI CERDIK PANDAI DALAM BN, SEMUA PILIH 'PERASUAH'- MANTAN KETUA MENTERI PULAK TU JADI CALON..

KALAU ITULAH GAMBARAN BN SEKARANG.. DOAKAN KEMUSNAHAN PERLAHAN-LAHAN MERATAH BATANG TUBUH BN SAMPAI TINGGAL TULANG BIRUNYA.. HE HE..

Respon Artikel Ini : Ahli Pas Yang Tidak Berserban Dilantik Menjadi MB, Isu Juga???


>> dari sinarharian.com.my
Keadaan dahsyat dan kacau di Malaysia

Seorang teman berkata kepada saya, dekad ini ialah dekad serba dahsyat di Malaysia. Dia bertanya: Saudara bersetuju atau tidak? Saya terpaksa berfikir agak panjang. Jawapan saya: Dekad ini dekad yang tidak begitu dahsyat di Malaysia, jika dibandingkan dengan dekad 1960-an. Barangkali itulah yang betul, tetapi adakah dalam dekad-dekad selepas 1960-an itu semuanya berjalan lancar?

Saya mengajaknya berbicara ringkas tentang dekad-dekad yang lepas, hingga ke dekad ini.
Dalam dekad 1960-an, berlaku peristiwa 13 Mei. Itulah peristiwa dahsyat. Selain peristiwa itu, yang berlaku hanyalah peristiwa kacau, dan bukan peristiwa dahsyat. Dalam dekad 1970-an, Pas dan beberapa parti politik lain menyertai Barisan Nasional, dan kemudian dikeluarkan sebelum dekad itu berakhir. Ketika masuk bagus, ketika keluar kacau, atau sekadar ‘agak’ kacau.

Dalam dekad 1980-an, berlaku perbalahan perlembagaan yang membabitkan istana, dan kemudian, berkaitan dengan peristiwa lain, UMNO diharamkan, dan Tengku Razaleigh bergerak selaku Presiden Semangat 46. Tun Musa Hitam yang akrab dengan Tun Dr Mahathir telah menyertai kumpulan Tengku Razaleigh, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu Dr Mahathir. Peristiwa-peristiwa itu benar-benar kacau, namun tidak dahsyat.
Dalam dekad 1990-an, Anwar Ibrahim yang akrab dan membantu Dr Mahathir itu, telah dipecat daripada UMNO, dan beliau menghadapi tuduhan-tuduhan. Beliau kemudiannya dipenjarakan. Tumpuan terhadap Anwar kemudiannya berlebih-lebihan, hingga peristiwa kacau itu bertukar menjadi agak dahsyat. Jika dalam dekad 1980-an lahir Semangat 46, dalam dekad 1990-an pula lahir Parti Keadilan.

Dalam dekad 2000-an, Anwar memperoleh kebebasan. Beliau tidak seperti Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, kerana beliau mempunyai kelebihan dalam mengatur demonstrasi. Lagipun, tidak wajar Anwar dibandingkan dengan Musa, kerana Musa sudah menyatakan rasa hatinya untuk tidak perlu menjadi Perdana Menteri. Musa mencari ketenangan, manakala Anwar tetap mengejar kemenangan.
Anwar kelihatan amat gigih, menyamai kegigihan Tengku Razaleigh pada dekad 1980-an. Bezanya, beliau bersedia memasuki penjara atau apa saja. Hasil peristiwa di sekitar Anwar, biarpun tidak menyamai 13 Mei, kita melihat sesuatu yang agak dahsyat. Di samping kedahsyatan, ada segi positif yang sesuai dipelajari. Anwar yang berpengalaman dalam UMNO dan Barisan Nasional, berupaya mengetuai Pas dan DAP sekali gus. Pembebasan beliau telah menyebabkan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan Pas, PKR, DAP, yang kemudiannya kita kenali sebagai Pakatan Rakyat.


Kemenangan satu pihak dalam pilihan raya ialah satu hal yang biasa, tidak kacau dan tidak dahsyat. Namun, yang berlaku di Perak agak menyulitkan. Punca utamanya satu, kemenangan Pakatan Rakyat ialah kemenangan kecil. Pakatan Rakyat yang sebenarnya bukan satu parti politik telah menubuhkan kerajaan, dan ahli Pas yang tidak berserban dilantik menjadi Menteri Besar. Pertelingkahan politik berlaku dari masa ke masa kerana kemenangan kecil itu, dan juga kerana hal-hal lain yang remeh-temeh.

Kerajaan Perak bertukar tangan daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, dan berbagai-bagai tuduhan dikenakan Menteri Besar UMNO, kerana peralihan kuasa itu amat ringkas dan mengejutkan. Sebahagian orang lupa bahawa sebelum itu pihak Barisan Nasional sudah belajar daripada Anwar Ibrahim tentang cara-cara untuk mengambil kerajaan Malaysia daripada Barisan Nasional, iaitu melalui kaedah lompat parti. Anwar menetapkan 16 September sebagai tarikh seluruh kerajaan Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, manakala secara diam-diam pihak Barisan Nasional mengambil Perak daripada Pakatan Rakyat. Peristiwa ini dapat dianggap satu tragedi-komedi, iaitu kesedihan yang lucu!

Bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak begitu kuat kini, sudah diketahui umum. Oleh sebab dirasakan demikian, maka Pakatan Rakyat, terutama Anwar yang pernah berada di tingkat tinggi dalam Barisan Nasional, terlalu cenderung melancarkan serangan agar segera menang. Tidaklah mereka boleh bersabar hingga diadakan pilihan raya yang seterusnya, iaitu yang ke-13. Hal ini munasabah, kerana apabila mereka memikirkan bahawa dalam politik segala-galanya boleh berubah. Ertinya, mereka berfikir, jika serangan ditangguhkan, musuh akan memperkuat diri. Jadi, keadaan kacau yang kita alami kini ialah hasil perkiraan demikian.

Dalam Barisan Nasional sendiri, terdapat keadaan kacau. Pada Oktober ini, satu pilihan raya kecil akan diadakan di Bagan Pinang. Tokoh di Bagan Pinang ialah Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, iaitu orang kuat yang dapat dikira menyamai Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Isa tidak pernah melancarkan reformasi atau demonstrasi, jadi beliau tidak menjadi cukup popular seperti Anwar. Walaupun demikian, di tempat yang dimaksudkan ini, Ketua Bahagian Teluk Kemang itulah yang paling terkemuka. Memang betul, Isa pernah menjalani ‘hukuman’, namun ‘hukuman adik beradik’ dalam UMNO seharusnya tidak terlalu diheboh-hebohkan. Saya berpendapat, dalam hal ‘hukuman adik beradik’ begitu, yang dihukum tidak semestinya lebih buruk daripada yang tidak dihukum.

Pandangan yang sebegini tidaklah perlu diambil kira sangat. Lebih daripada itu, saya ingin menyatakan pandangan bahawa ‘hukuman’ itu telah pun berakhir, sudahpun berlalu, jadi rakyat tidak akan mengungkitnya lagi. Rakyat Malaysia, terutama kaum Melayu, mudah lupa, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa tahun yang lepas. Oleh itu, bagi mengurangkan keadaan kacau, eloklah kata-kata Mohd Isa Abdul Samad diambil perhatian, “Kerja Presiden, biarlah Presiden yang buat.”






Perlis- Isu Wahabi kah sampai Imam bukan Wahabi ditukar?


--------Negeri Perlis paling kecil di Malaysia... namun, kecil-kecil cili api.. Isu yang hangat diperkatakan baru-baru ni dan mungkin sedang berlarutan ialah isu peyusunan semula pentadbiran imam di Perlis (kata Pengarah Jaips)..


>> dari malaysiakini.com

Perdebatan agama sentiasa tercetus di negeri itu ekoran terdapat fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan dalam fahaman 'Sunnah Perlis; antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah, tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh, manakala bacaan bismillah sebelum bacaan al-Fatihah dalam solat, dibaca secara perlahan, berbanding yang diamalkan dalam Mazhab Shafie.


Walaupun Perlis menerima 'Sunnah Perlis' atau 'Salafi' dalam undang-undang tubuh negeri itu, tetapi sejak 40 tahun lalu, ia tidak dikuatkuasakan. Ia juga diterima sebagai tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, sehingga ini Malaysiakini difahamkan sebahagian besar atau 65 peratus daripada kira-kira 100 masjid di Perlis, tidak mengamalkan 'Sunnah Perlis' tersebut kerana mereka berpegang sepenuhnya kepada ajaran Mazhab Shafie.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua imam di sebuah masjid di Kangar itu - Masjid Al-A'la Behor Temak - yang tidak mengamalkan fahaman 'Sunnah Perlis' - telah menerima surat arahan pertukaran pada 18 Ogos lalu.

PERANG INDONESIA & MALAYSIA? ITUKAH YANG BAKAL BERLAKU? Hanya Kerana IsuTarian Pendet?


Republik Indonesia
إندونيسيا
Bendera Indonesia Jata Indonesia


Cogan kata: "Bhinneka Tunggal Ika" (Bahasa Jawa Kuno)
"Bersatu dalam kepelbagaian"

Ideologi: Pancasila
Lagu: Indonesia Raya
Lokasi Indonesia




Bagi Indonesia, seperti yang digambarkan oleh media mereka:-

1-Malaysia adalah punca segala kejahatan,
2- punca segala kecelakaan:
3- memplagiat/ciplak lagu Indonesia untuk lagu “Negaraku”,
4- mengeksport keganasan,
5-6menindas dan mendiskriminasikan tenaga kerja Indonesia (daripada pembantu rumah kepada pekerja ladang dan buruh pembinaan),
6- menembak mati dengan sewenang-wenangnya rakyat Indonesia yang melakukan jenayah,
7- menjadikan warga Indonesia sebagai mangsa penyeludupan manusia, 8- merampas pemilikan Sipadan-Ligitan,
9- dan menceroboh Ambayat yang kaya dengan minyak di Laut Sulawesi. 10- Tidak cukup dengan tuduhan Malaysia sebagai bajingan, soap opera Manohara yang peribadi sifatnya, bahkan mereka cuba jaguhi.

-----------------------

Yusz Felda :

PM M'sia dan Presiden Indonesia orang Islam.. jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan.. jangan Berperang! Haram bergaduh kerana isu 'tarian pendet'.. kita kena waras.. kena ada ilmu dalam menyelesaikan isu ini.. insya allah, semuanya jadi baik.. Indonesia juga terhutang budi dengan M'sia apabila sukarelewan kita kerap sampai tatkala di beberapa daerah di Indonesia dilanda bala/gempa dan sebagainya.. bantuan kewangan tak kenal RM Jutaan dihulurkan oleh rakyat M;sia.. apatah kerana 'tarian pendet' sahaja, tiba2 segalanya menjadi PANAS???

wudhuklah kita... tenang hati.. :)

Kementerian Kewangan Malaysia- KEMENTERIAN CARI DUIT NEGARA? ATAU CURI DUIT NEGARA? HE HE...


SESAK..
. Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini.(SUMBER m.star.com.my )

Setiap tahun sesak begini.. jangan bimbang, ini salah satu cara kerajaan cari duit.. TOL.. HE HE.. CUMANYA.. cara nak kurang beban bayar TOL dan elak sesak teruk tu kerajaan kena pikiaq la... jangan ingat nak ambik duit rakyat atau ISTILAH BERAT- CURI DUIT RAKYAT!

Ringgit Malaysia
Ringgit Malaysia (Rumi)
ريڠڬيت مليسيا (Jawi)
5 Ringgit (RM5)
5 Ringgit (RM5)
* SEKADAR HIASAN

--------------------------- teruskan-----------------

Kementerian Kewangan ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat.

Agensi-agensi tersebut memainkan peranan atau sebagai penggerak kepada Kementerian Kewangan yang memudahkan pengawalan dan pengurusan pendapatan negara:



Central Bank of Malaysia logo.png
Bank Negara Malaysia

بڠك نڬارا مليسيا

Ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur.
Ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur.

MAKKAL SAKTHI vs MIC? ALLAHUMMA FARRIQ JAM'AHUM!


Parti Makkal Sakthi alternatif kepada kaum India

KUALA LUMPUR: Parti Makkal Sakthi yang dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober ini akan berperanan sebagai alternatif kepada masyarakat India yang mencari pentas politik baru.


Presidennya, RS Thanenthiran, berkata walaupun parti itu masih baru, kira-kira 50,000 ahli sudah menyertainya dan urusan penubuhan bahagian dan cawangan sedang dijalankan di seluruh negara.

"Kami amat menghargai kesudian Perdana Menteri bagi melancarkan parti ini tetapi perlu saya tegaskan di sini bahawa Makkal Sakthi adalah parti bebas yang berkhidmat demi kepentingan masyarakat, terutama kaum India.

Sementara itu, sumber MIC memberitahu pucuk pimpinan parti berkenaan sudah meminta Perdana Menteri membatalkan hasratnya untuk melancarkan

Makkal Sakthi.

MIC, selaku parti tunggal mewakili masyarakat India dalam BN, khuatir tindakan Najib menjadi pengiktirafan bahawa kerajaan BN tidak lagi hanya bergantung kepada parti komponen bagi meraih sokongan pengundi bukan Melayu.
-----------------------------
yusz felda :
TINDAKAN DS NAJIB akan menjerut leher UMNO dan parti2 komponen lain dalam BN..
Allah sahaja yang bisa mengkucar-kacirkan mereka pada saat genting sebegini...

JENAYAH DI SABAH-lahad datu

* jenayah makin banyak Tan Sri... guana ni?
---------------------------------

Polis tembak tiga lelaki serang polis(utusan)

LAHAD DATU 27 Sept. - Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tiga lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan parang dan melarikan diri dalam kejadian di Kampung Muhibbah, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, kesemua suspek cedera terkena tembakan di kaki.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pasukan peronda polis cuba menahan sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki tiga suspek.

"Bagaimanapun ketiga-tiga suspek itu enggan patuh kepada arahan itu lalu memecut kenderaan mereka ke Kampung Muhibbah.

"Ketika berhenti salah seorang suspek cuba menyerang polis dengan sebilah parang. Dua lagi cuba melarikan diri menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 18 dan 32 tahun itu dihantar ke Hospital Lahad Datu dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Isnin, September 28, 2009

SIAPA CALON UMNO BAGAN PINANG???

pening juga PM nak pilih calon.. nak kekalkan Isa samad, Tun kata Isa Samad rasuah.. nanti rakyat tolak, KALAH FREE! HE HE...



Isa Samad.. peluang di hujung tanduk... ntah la ko UMNO.. lantik siapa pun, ke situ juga kesudahannya.. dunia sahaja jadi taruhan!

kekurangan doktor di Sabah pada masa ini berada di tahap kritikal ?

Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia

Sabah
سابه
Bendera Sabah Lambang Sabah
Bendera Lambang
Cogan kata: Sabah Maju Jaya
Lagu negeri: Sabah Tanah Airku
Lokasi Sabah
Ibu negeri Kota Kinabalu

----------------------------------------------------------------------

Sabah kekurangan doktor (utusan.com.my)

PAPAR 27 Sept. - Masalah kekurangan doktor di Sabah pada masa ini berada di tahap kritikal berbanding dengan jumlah penduduk di negeri ini yang semakin bertambah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jawatan doktor yang diisi di negeri ini kini hanya kira-kira 30 peratus daripada keperluan berbanding kadar pengisian nasional sebanyak 53 peratus.

"Sabah adalah antara negeri yang memang kekurangan doktor. Kita menerima hakikat itu dan dengan pengambilalihan Pusat Perubatan Sabah (SMC) dapat membantu memberi galakan kepada doktor untuk berkhidmat di negeri ini," katanya.

--------------------------------------------------

YUsz Felda : setuju artikel ni... di Tawau pun tak cukup.. Bayangkan dari Felda Umas, 67 Km ke Hospital Tawau, kadang-kadang ada yang mati di tengah jalan.. Klinik Umas tiada Doktor.. Jauh lagi Kalabakan, 100Km juga ke Tawau.. tiada Klinik Kesihatan! Bayangkan BN perintah Sabah ba.. kata Malaysia Maju.. tapiii..

Lu Pikir La Sendiri.. Tak Percaya Datang Sini..


Rumah Terbuka Pas Kaw Tawau Berjaya! Tahniah Kepada Semua...

Meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pas Kaw Tawau pada 26/9/09 lepas.. walaupun kami tiba lambat dari Felda Umas, namun dari hasil info kawan-kawan, difahamkan Yb Ketua Bahagian Umno Tawau pun datang.. rakan-rakan Pakatan Rakyat pun datang..



Muslimat tidak melepaskan peluang membantu memeriahkan majlis...



Antara ahli jemaah yang hadir dan setia hingga ke petang..



YDP, S/U Kawasan, Ketua Pemuda Kawasan, Unit Amal, Ketua Muslimat Sabah, AJK Pas, Pemuda, Muslimat antara yang setia menunggu tetamu hingga ke petang.. Ramai lagi rakan yang berpenat menjayakan program tiada dalam gambar, difahamkan pulang berehat dan bergilir-gilir tugas.. Cayalah!


Antara aktviti yang disediakan ialah tayangan VCD Dialog Tuan Guru Presiden semasa mengadakan lawatan ke Tawau baru-baru ni..

* semoga program ini akan menambahkan pengaruh & kekuatan jemaah lagi di Tawau...

APA HUKUM PAPAN TANDA BEGINI?

PAPAN TANDA YANG DISEDIAKAN OLEH SABAH SOFTWOODS DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DAN BERDEKATAN DENGAN TANAH PERKUBURAN KRISTIAN di SIMPANG MASUK KAMPONG SUNGAI UDIN, MEROTAI BESAR.. JALAN TAWAU-KALABAKAN...

APAKAH BOLEH DISATUKAN SEBEGITU DALAM PAPAN TANDA YANG SAMA?

mahkamah-akhirat akan cuba dapatkan jawapan bagi hukum tersebut!

Apa pun, ianya mengundang fitnah... seolah-olah pihak Sabah softwooods tidak merujuk pihak Jaheisn terlebih dahulu atau ustaz-ustaz yang berhampiran!



Peneroka Felda Umas, difahamkan tidak dikebumikan di sini.. ianya melibatkan penduduk Sungai Udin, Dumpas dan kawasan-kawasan berhampiran...

PEMBOHONG! Guantanamo mungkin tidak ditutup menjelang Januari..

* ASY-SYUHADA- AR-RANTISI & SHEKH AHMAD YASIN MANGSA SERANGAN ROKET APACHE ISRAEL...

Guantanamo mungkin tidak ditutup

menjelang Januari

(B.HARIAN.COM.MY)AHAD 27/9/09

WASHINGTON: Rumah Putih buat pertama kali memberi reaksi bahawa permintaan Presiden Barack Obama supaya pusat tahanan tentera Amerika di Teluk Guantanamo ditutup menjelang Januari tahun depan, mungkin tidak dapat ditunaikan.

Pegawai kanan pentadbiran memberitahu The Associated Press (AP) bahawa Obama masih komited supaya Guantanamo ditutup dalam tempoh setahun seperti dijanjikan ketika baru dipilih menjadi Presiden Amerika.

Pegawai berkenaan berkata, antara faktor tempoh itu terpaksa dilanjutkan berikutan proses mengkaji semula kes tahanan yang terlalu perlahan.



YUSZ FELDA SAID......... :

Obama masa awal dia jadi Presiden, tak silap antara perkara dia akan buat TUTUP GUANTANAMO hujung tahun 2009 ni.. namanya BUKAN ISLAM tobat lahum(pinjam kata Bang Mad Sabu) susah nak percaya 'KEBENARAN'NYA.. Bukankah Kristian memusuhi Islam? Islam bukan musuh sesiapa! So, selama mana ada orang Islam di sana, selagi itu mereka akan lambat-lambatkan la PENUTUPAN! PERCAYALAH...



DI SANA ADA GUANTANAMO... DI MALAYSIA ADA ISA.. AGAK-AGAK SAMA TAK SIKIT-SIKIT PERANANNYA? FIRAUAN DAH MATI.. TAPI KEMANA SAHAJA DIA PERGI DIA AKAN BERTUKAR NAMA..

SIAPA HARI NI BERSIFAT 'KEAKUAN' ITULAH FIRAUN MASA INI! KEJAHATAN SILAM DIKEKALKAN HARI NI OLEH BUKAN ISLAM SEPERTI A/SYARIKAT BAHKAN LEBIH DASYAT DIGUNAPAKAI OLEH ORANG ISLAM YANG TAK FAHAM DAN BUAT-BUAT TAK FAHAM APA YANG ULAMAK CAKAP.. SEPERTI GAMBAR (ASY-SYAHID SYED QUTUB)..
ADALAH MANGSA KEZALIMAN KERAJAAN MESIR..
PRESIDEN ISLAM, NAMUN DASAR NEGARA IKUT KAFIR!

ASY-SYAHID SYED QUTUB.. AR-RANTISI ASY-SYAHID.. SHEKH AHMAD YASIN ASY-SYAHID.. WAJAH KALIAN MEMERAHKAN SEMANGAT KAMI GENERASI AKHIR ZAMAN AGAR CEKAL DAN TABAH MENERUSKAN SAKI BAKI HIDUP YANG TINGGAL SEBELUM DIJEMPUT ILAHI...

BIRRUH BIDDAM! NUFDIKUM YA SYUHADAAAKKK!