Rabu, Jun 02, 2010

Usul diterima dibentang di Parlimen Isnin ini! Tahniah Pas & Pakatan Rakyat! Tq DS Najib! :)

Alhamdulillah.. desakan Pas & PR minta agar PM buat sidang Parlimen Khas Dilayan! Terima kasih PM!

 

Kerajaan bentang usul kecam Israel

(utusan.com.my)

02/06/2010 12:05pm

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lepas.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.

Tiada ulasan: