Ahad, Jun 20, 2010

Bahana Dadah di peringkat antarabangsa!

11 terbunuh tentera, pengedar dadah bertempur di Mexico

20/06/2010 2:39am

REYNOSA 20 Jun - Sebelas orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara tentera Mexico dengan pengedar dadah di negeri Tamaulipas dekat sempadan Amerika Syarikat (AS), kata kementerian pertahanan.


Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang hendap peronda tentera di bandar Miguel Aleman berhampiran sempadan Mexico-AS. 

Dalam kejadian itu, tiga anggota tentera dan lapan penyerang terbunuh, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam kelmarin.

Tiada ulasan: