Ahad, Jun 20, 2010

Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh

Nazri (Muslim) sokong lesen judi Piala Dunia

Tsu Koon (Bukan Islam) setuju tangguh (utusan.com.my)

KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini. 

Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.
-----------------------
yusz : Menteri beragama Islam sokong lesen judi.. yg bukan Islam pulak tak setuju... tak ker pelik???

Tiada ulasan: