SM Mohamed Idris |
Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia. Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran. Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan; meracuni tanah dan airnya dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan tentera pada 2008-2009. Penduduk Palestin terperangkap di Gaza dan beratus orang lagi mati kerana mereka tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa. Kita jangan lupa peranan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam tragedi ini apabila mereka mengenakan sekatan ekonomi yang menyokong kepungan Israel untuk menghukum penduduk Gaza kerana memilih Hamas pada Januari 2006 dalam pilihan raya yang bebas dan adil. SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Jun 16, 2010
Kenapa perlu sokong palestine? oleh SM Mohamed Idris
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan