Rabu, Jun 09, 2010

PERASMIAN MUKTAMAR MALAM INI SERENTAK SEMUA DEWAN! WAKIL HAMAS DATANG!


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.

Juga dijangka akan hadir ialah  tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.

Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.


Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini.
“Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort.
Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam,” ujarnya.

Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak.
Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak.

Tiada ulasan: