Isnin, Jun 07, 2010

PM Turki kata : Hamas bukan pertubuhan Pengganas!

Hamas bukan pengganas

2010/06/07

ANKARA: Kumpulan Hamas bukan pertubuhan pengganas, sebaliknya sebuah pergerakan pejuang, kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada satu perhimpunan di wilayah Konya, kelmarin.

Erdogan dilaporkan berkata, Hamas menang pilihan raya Palestin dan sedang berjuang untuk mendapatkan kembali tanah air mereka. 


Beliau turut mengecam laporan media Turki yang mengkritik partinya kerana menyokong Hamas dan berkata penulis ruangan pojok media mempunyai pandangan sempit terhadap perkara itu. 

Anda selalu bercakap mengenai demokrasi, tetapi tidak pernah membenarkan Hamas memerintah. Demokrasi jenis apakah ini? Saya tidak fikir Hamas sebuah pertubuhan pengganas. Mereka pejuang yang mempertahankan kedaulatan rakyat Palestin ” katanya merujuk kepada kepemimpinan Israel. – AP

Tiada ulasan: