KUALA LUMPUR: Janin lelaki dipercayai berusia enam bulan dijumpai di dalam mangkuk tandas di sebuah hotel bajet di Jalan Changkat Tong Shin, Bukit Bintang di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, yang mengesahkan penemuan mayat bayi itu berkata, sekumpulan anggota dan pegawai bersama unit forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan.
“Kepala bayi itu tersekat dalam mangkuk tandas berkenaan. Bagaimanapun, mayat bayi itu berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Hasil pemeriksaan pada rekod pendaftaran hotel mendapati bilik itu disewa seorang wanita warga Mongolia berusia 24 tahun,” katanya. Beliau berkata, polis menahan wanita warga Mongolia berusia 24 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu di lobi hotel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan