Selasa, Jun 22, 2010

AJK Dewan Ulamak Pas ditahan di Mesir! DOAKAN SELAMAT. TAKBERR! MESIR BERANI DENGAN ORANG ISLAM, TAKUT DENGAN ISRAEL?

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur. Beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya,  walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya.

http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/



 -----------------------------------------------------------------


Mesir tahan pelajar Malaysia
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

2010/06/22 (bharian.com.my)

Muhamad Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA kerana terbabit KMM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang baru selesai menduduki peperiksaan syariah peringkat sarjana di sebuah universiti di Zamalek, Mesir ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas.

Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir pada 13 Jun lalu, ketika menunggu untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Muhamad Zulkifli yang ketika itu bersama isteri dan dua anaknya ditahan sebaik melepasi pemeriksaan imigresen di lapangan terbang berkenaan. Bagaimanapun, isterinya yang dikenali sebagai Hidayah dan dua anaknya dibenarkan menaiki pesawat itu untuk pulang ke Malaysia. 

Katanya, Muhamad Zulkifli masih dalam tahanan pihak berkuasa negara itu untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, Wisma Putra masih belum mendapat sebarang maklumat lanjut berhubung penangkapan pelajar itu.



Difahamkan, penahanan dibuat berikutan Muhamad Zulkifli pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia kerana disyaki terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada 2001.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan petang semalam mengesahkan penangkapan Muhamad Zulkifli oleh pihak berkuasa Mesir.


Beliau berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berusaha termasuk menggesa pihak berkuasa negara itu supaya mempercepatkan proses siasatan.

“Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu selain menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa negara berkenaan.


“Sekiranya tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan Muhamad Zulkifli dengan mana-mana kesalahan, Wisma Putra akan menggesa kerajaan Mesir supaya membebaskannya,” katanya.

Tiada ulasan: