Isnin, Jun 07, 2010

PBSM Iran bercadang ke Gaza minggu ini... Takberr!

Iran rancang hantar dua kapal bantuan ke Gaza minggu ini

07/06/2010 2:11pm

TEHERAN 7 Jun – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Iran memutuskan untuk menghantar dua kapal bantuan ke Gaza, Palestin minggu ini dan memohon sukarelawan bagi bertindak sebagai pekerja bantuan serta mengiringi kapal tersebut, lapor agensi berita Iran, IRNA.

Pengarah PBSM Iran, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu IRNA lewat semalam bahawa keputusan menghantar kapal tersebut dibuat selepas mesyuarat dengan Kementerian Luar.

“Satu kapal kami akan membawa sumbangan yang diberi oleh rakyat dan satu lagi akan membawa pekerja-pekerja bantuan.
“Kapal-kapal itu akan dihantar ke Gaza menjelang hujung minggu ini,” kata Abdolrauf. – AFP
------------------------------
respon : Allah merancang .. Islam akan bangkit jua..

Tiada ulasan: