50 PEMBAHARUAN DAN PENAMBAHBAIKAN FELDA
*http://seranta.jpm.my/page.php?21
1) YAB Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan 5 Teras 50Tahun FELDA yang menjadi pandu arah kepada usaha perjuangan FELDA untuk 50 Tahun ke-2 seterusnya.- Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar.
- Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah.
- Membina Generasi Baru Warga FELDA.
- FELDA Sebagai Pelaku Global.
- Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA
2) Mengutarakan Gagasan FELDA Moden yang berteraskan kepada perubahan minda serta pembangunan sosio-budaya ke arah kegemilangan.
3) Memulakan Program Kemahiran dengan dana RM118 juta kepada generasi baru agar diberi peluang kedua untuk membina kehidupan. Jumlah pelajar sekarang ialah 19,696 orang termasuk 169 orang dalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat (Licensed Aircraft Maintenance Engineering).
4) Memberikan bantuan kepada pelajar yang memasuki IPTA / IPTS dan biasiswa khas kepada yang cemerlang untuk belajar di universiti terkemuka di luar negara.
5) Memulakan Skim Tuisyen FELDA yang dilaksanakan di 100 buah sekolah menengah dan 270 sekolah rendah. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 62,772 orang. Bermula tahun 2006 dan telah dilanjutkan lagi pada tahun ini.
6) Pemberian wang sempena hari raya kepada semua peneroka FELDA dengan kadar RM300-350 setiap 112,635 keluarga peneroka berjumlah hampir RM40 juta.
7) Menaikkan sara hidup tanam semula untuk peneroka yang bersama FELDA daripada RM850 ke RM1000 sebulan bagi tahun pertama, RM1200 bagi tahun kedua, RM1300 bagi tahun ke tiga, dan seterusnya. Kenaikan terkini diumumkan pada 6 Februari 2008. Sebelum ini kadar sara hidup hanyalah RM500 sebulan.
8) Menumpukan kepada pembangunan usahawan peneroka dan setakat ini 35% (39,830 orang) menjadi usahawan dan mempunyai pendapatan bukan ladang dalam pelbagai bidang usahawan seperti industri asas tani, Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI), pembangunan kraf, perniagaan runcit, perkhidmatan dan perusahaan kecil.
9) Dana pusingan Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) sebanyak RM100 juta, skim pinjaman tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.
10) Memberi insentif / bonus tahunan setiap hujung tahun kepada peneroka yang menghantar hasil dan menanam semula dengan FELDA. Ini adalah suatu usaha penting bagi menghargai sumbangan peneroka yang terus bersama dengan FELDA. Pada tahun 2007, seramai 90,322 peneroka mendapat wang insentif / bonus berjumlah RM146.4 juta.
11) Membantu kerajaan Pahang dari segi menyelesaikan masalah air di kawasan rancangan dengan peruntukan lebih RM200 juta.
12) Membantu membasmi kemiskinan tegar di Sabah selama 5 tahun mulai 2005 melalui keuntungan operasi FELDA di sana.
13) Mengadakan Anugerah Belia FELDA Malaysia sebagai acara tahunan yang dikendalikan oleh Seranta bersama FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA. Ini adalah untuk mengaktifkan 317 persatuan belia di semua rancangan.
14) Pemberian tahunan sebanyak RM1000 untuk setiap 317 persatuan belia di rancangan dengan peruntukan setahun berjumlah RM317 ribu.
15) Mengumumkan 8 inisiatif / usaha / program dengan nilai RM78 juta setahun bagi memperkasakan generasi baru FELDA.
16) Mengadakan seminar dan program khas untuk wanita yang terdiri daripada pemimpin GPW / penerokawati.
17) Mengadakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk anak-anak cacat warga peneroka di seluruh kawasan rancangan yang terpilih. Setakat ini sebanyak 67 buah pusat PDK telah ditubuhkan di semua rancangan.
18) Membina MRSM FELDA di Trolak dengan dana RM103 juta dengan pelajar 1050 orang terdiri daripada 80% anak peneroka dan 20% kumpulan lain.
19) Mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan mengadakan kerjasama (JV) dengan syarikat TRT dan pembekal oleochemicals di Boston, Amerika Syarikat.
20) Membuka Restoran (D’Saji) di Mekah untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan umrah serta meningkatkan jaringan perniagaan antarabangsa.
21) Membuka Hotel FELDA di Mekah dan di Kuala Terengganu.
22) Membuka ladang baru di luar negara (di Kalimantan, Indonesia) dan membantu penanaman sawit di Sierra Leone.
23) Menubuhkan Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dan Skuad Waja FELDA sebagai menggalakkan semangat kesukarelaan.
24) Menubuhkan pasukan bola sepak FELDA United dan penubuhan Kelab Peminat dan mengadakan Piala FELDA untuk Futsal Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama FAM selain melaksanakan Rally FELDA.
25) Telah membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang lengkap dengan kemudahan gelanggang futsal, takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring dan galeri penonton serta kafeteria. Cadangan adalah untuk membina KSK di semua 40 gugusan FELDA.
26) Meneruskan pembinaan 48 dewan serba guna dan prasarana awam yang perlu di setiap rancangan yang terpilih. << TAHNIAH!
27) Membina Feldajaya Utara di Trolak, Mempaga di Timur dan Serting di Selatan. Membina Feldajaya di 11 Wilayah bermula di FELDA Chini dalam Wilayah Kuantan
.
28) Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf tangan dengan menekankan produk yang bernilai komersial serta berkualiti eksport.
29) Membangunkan perumahan untuk generasi baru seperti di Pasak, Keratong, Mempaga, Lepar Hilir dan Bukit Goh dengan kaedah pinjaman bank atau sewa beli kepada anak peneroka yang layak.
30) Melaksanakan projek keceriaan kampung untuk menjadikan kawasan rancangan sebagai komuniti dalam taman yang indah dan menjadi contoh kepada semua dengan hadiah RM1 juta untuk rancangan terbaik.
31) Memastikan gaji dalam sektor ladang FELDA adalah setaraf dengan amalan Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA; The Malayan Agricultural Producers Association).
32) Memastikan petugas FELDA seramai hampir 23 ribu orang memenuhi piawaian Petunjuk Tahap Prestasi (KPI; Key Performance Indicator) agar prestasi keseluruhan organisasi atau syarikat dapat dipertingkatkan.
33) Mengadakan Muzium FELDA di Lurah Bilut dan Pusat SAWARI di beberapa tempat.
34) Pelancaran filem & drama TV berkaitan FELDA (Filem Bilut dan drama TV bersiri Dinasti Bilut).
35) Penubuhan Pusat Latihan Anak PERMATA Negara di beberapa kawasan FELDA (untuk anak 5 tahun ke bawah).
36) Mewujudkan Unit Kawal Selia FELDA untuk menyelaras dasar kerajaan yang berkaitan dengan FELDA serta menyusun semula Seranta (FELDA), Jabatan Perdana Menteri demi mengukuhkan hubungan antara warga FELDA dengan kerajaan.
37) Penubuhan Akademi FELDA untuk melatih petugas FELDA dalam bidang pengurusan dan mengadakan seminar khas kepada pengurusan yang tertinggi bagi menjelaskan hala tuju untuk gemilang di persada global.
38) Menyediakan pemberian bantuan RM10 ribu sebuah rumah untuk membaiki rumah-rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM40 ribu untuk membaiki / membesarkan rumah peneroka biasa.
39) Memberi pinjaman RM10 ribu untuk miliki saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.
40) Menerbitkan Sisipan ‘ASPIRASI FELDA GLOKAL’ dalam akhbar Utusan Malaysia pada setiap bulan dan menyiarkan maklumat mengenai pembangunan dan isu semasa FELDA melalui rangkaian stesen radio Suara FELDA.
41) Membayar zakat FELDA & KPF yang semakin meningkat contohnya; RM8.9 juta (bagi tahun 2005) dan RM12.4 juta (bagi tahun 2006).
42) Meletakkan nama suami dan isteri dalam geran hak milik peneroka yang sebelum ini hanya nama suami sahaja.
43) Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka dari segi menyelesaikan masalah air di kawasan rancangan dengan peruntukan lebih RM10 juta.
44) Menganjurkan Seminar Pegawai Masjid FELDA (SPMF) dan Majlis Tilawah, Pertandingan Nasyid & Syarahan Peringkat Kebangsaan FELDA untuk memantapkan hubungan dan persefahaman antara kerajaan dengan pihak Pentadbiran Masjid FELDA seluruh negara.
45) Membina kilang memproses pelepah sawit di Bukit Sagu, kilang menjana elektrik daripada buangan sawit di Sahabat dan Taman Rekreasi Air Panas di Sungai Klah.
46) Membaiki dan menaik taraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh FELDA dengan kos RM12.3 juta dan sebuah komputer setiap masjid. << di Felda Umas, Tawau siapa dapat kontrak, macam mana kerja?
47) Membaiki dan menaik taraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu – RM 200 ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM33.2 juta.
48) Pemberian tahunan sebanyak RM600 untuk imam 1 dan RM400 untuk imam 2 bagi semua 245 buah masjid. Peruntukan khas ini adalah sebanyak RM245 ribu setahun.
49) Mengadakan skim insurans berkelompok berkonsepkan syariah dengan premium tahunan RM9 juta ditanggung sepenuhnya oleh FELDA.
50) Pembinaan Menara FELDA setinggi 50 tingkat telah dimulakan pada 22 Januari 2008 dengan RM640 juta yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun lagi berhadapan dengan KLCC, Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia. << nilai yang YB Ahmad maslan sebut dalam parlimen baru-baru ini bercanggah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan