Rabu, Jun 23, 2010

Dah 5 tahun peneroka Felda guna air hujan

Dah 5 tahun peneroka Felda guna air hujan
Posted on Wednesday, June 23 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Aduan @ 
Luahan Oleh: amkns

"Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

 
Himpunan kisah derita rakyat di negeri pentadbiran BN akibat masakah bekalan air di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html  
***********************
 
Felda Palong 2 tiada air
 
Utusan Malaysia 23 Jun 2010
 
seorang penduduk, Sarah Kompot terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian di Blok B, Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
 
JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.
 
Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.
 
Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.
 
Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
 
Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.
 "Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi. "Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. 

Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya. Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul. "Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. 

Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain. "Saya amat berharap, agar pihak yang berwajib segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah bekalan air kami ini," katanya. 
Seorang lagi peneroka, Abdul Talib Saat, 62, melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan masalah tersebut selama lima tahun. "Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan pastinya kami lebih memerlukan bekalan air. Walaupun pihak berkenaan tetap menghantar bekalan air ke rumah, namun ia masih tidak mencukupi. Begitu juga apabila ada kematian dan ketika itu air amat diperlukan," katanya. 

Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan yang bermasalah. "Namun Sains telah menyediakan tujuh buah tangki di kawasan tinggi. Penghantaran air ke tangki juga sentiasa dibuat bagi mengelak bekalan air tangki berkurangan. 
 
"Masalah ini akan diatasi dengan segera. Buat masa kini, kami sedang memperbetulkan masalah tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Ogos nanti," katanya.

Tiada ulasan: