Nazri Abdullah |
PUTRAJAYA, 23 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung kelulusan lesen judi bolasepak oleh kerajaan Malaysia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi. Serahan tersebut diketuai pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid serta setiausaha, Suhaizan Kayat bersama Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen. Hadir sama mengiringi delegasi serahan adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan serta beberapa pemuda PAS lain. Memorandum diserahkan kepada penolong setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Husnul Hakim Jamaluddin. Dalam sidang media selepas itu, Azmi berkata GMJ bukan sahaja membantah judi sukan, malah semua kelulusan lebih 40 jenis judi lain. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Jun 23, 2010
GMJ serah memo bantahan LESEN JUDI kepada PM!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan