Selasa, Jun 22, 2010

Gerak hati ibu, selamatkan anak dari kebakaran

Gerak hati ibu selamatkan dua anak(utusan.com.my)


anggota bomba menjalankan siasatan kebakaran yang memusnahkan rumah Wan Zainab Wan Pa di Kampung Tok Keramat, Sungai Acheh, Nibong Tebal, semalam.


NIBONG TEBAL 21 Jun – Kebiasaannya Wan Zainab Wan Pa, 35, akan meninggalkan dua anaknya di rumah ketika menghantar tiga lagi anaknya ke dua buah sekolah berhampiran pekan Sungai Acheh di sini.

Tetapi entah kenapa, hari ini Wan Zainab (gambar) berasa tidak sedap hati lalu menghantar terlebih dahulu dua anaknya itu untuk dijaga suaminya, Mohd. Fuad Ibrahim, 55, yang mengusahakan sebuah kedai makan kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Gerak hati Wan Zainab ternyata memberi petanda apabila dua anaknya itu terselamat daripada kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Tok Keramat, Sungai Acheh di sini kira-kira pukul 7.15 pagi ini.
-----------------------
respon : memang Ibu hebat... kita nak cari barang dalam rumah, lupa letak di mana.. sekejap sahaja ibu cari.. terus jumpa.. he he..

Tiada ulasan: