Isnin, Jun 14, 2010

Mantan tahanan Isa ditangkap lagi kerana serah MEMO (Nasib orang India)Kepada PM!!!

Bekas tahanan ISA Vasantha ditangkap di majlis PM
Jun 12, 10 1:16pm
Bekas tahanan ISA, T Vasanthakumar ditahan hari ini ketika cuba untuk menyerahkan memorandum mengenai nasib kaum India kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di satu majlis yang dihadiri perdana menteri hari ini.
Aktivis tersebut, bersama-sama 10 orang lagi, berusaha untuk mendekati perdana menteri, yang sedang beredar selepas melancarkan geran akademik untuk pelajar India.

Kumpulan itu ditahan oleh sekumpulan anggota polis yang membentuk tembok manusia di sepanjang laluan Najib ke keretanya
.

Tiada ulasan: