Siswazah dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi
07/06/2010 3:47pm
KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan