Isnin, Jun 07, 2010

Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin! Pulang ke Jerman atau Poland...

Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin


2010/06/07

WASHINGTON: Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin dan kembali ‘ke kampung halaman’ mereka di Jerman dan Poland, kata Helen Thomas, anggota kanan White House Press Corps, sebuah pertubuhan dianggotai wakil akhbar utama yang memberi tumpuan kepada liputan berita di Rumah Putih.

Dalam rakaman yang disiarkan Youtube, Helen berkata Israel ‘perlu berambus dari Palestin’ dan menambah tanah menjadi rebutan itu hak milik rakyat Palestin, bukan Jerman atau Poland. 

 
Ketika ditanya ke mana orang Yahudi mesti pergi, wakil kanan liputan berita Rumah Putih itu berkata: “Balik ke kampung halaman, ke Poland, Jerman, Amerika atau ke mana saja”.

Tiada ulasan: