Tidak seperti umumnya negara-negara Arab, Hezbollah (Barisan Arab Muslim Lebanon Selatan) tidak pernah merasa gentar dan bimbang menghadapi rigim Zionis Israel. “Rejim Zionis sebenarnya lebih lemah dari sarang laba-laba” kata Setiausaha Agong Hezbollah, Hujjatuleslam Sayid Hasan Nasrollah. Hezbollah membuktikan kata-katanya.
Mereka melakukan Operasi Pembebasan oleh Hezbollah atas Shab’aa, sebuah kawasan subur di Lebanon Selatan yang diduduki Israel. Lapan askar Zionis terbunuh dan dua lainnya ditawan Hezbollah dalam operasi tersebut. Israel lalu mengistiharkan perang besar-besaran ke seluruh wilayah Lebanon pada 12 Julai 2006 dengan alasan memburu pejuang-pejuang Hezbollah. Kuasa besar AS dan sekutunya seperti biasa menyokong Israel. Seluruh Lebanon, terutama di Selatan yang menjadi kubu kuat Hezbollah, digempur membabi buta oleh jet-jet tempur Israel dalam Perang 33 Hari yang sangat terkenal itu.
Pasukan Hezbolah yang kuat menjiwai agama dan mencintai mati syahid
Oleh kerana mempercayai kemampuan perang mereka, pemimpin rigim Israel telah lupa bahawa mereka pernah diusir keluar oleh pejuang Hezbollah dari wilayah Lebanon Selatan pada tahun 2000. Hampir semua orang memperkirakan Hezbollah akan tergulung oleh operasi militer Israel hanya dalam beberapa hari, kerana kekuatan yang tidak seimbang, apalagi mereka menganggap Hezbollah cuma sekadar organisasi militan, sedangkan Israel memiliki kekuatan raksasa di Timur Tengah yang sentiasa disokong kuasa besar AS.
Tetapi telah berlaku keajaiban yang tidak pernah diduga. Pemimpin-pemimpin dunia tergamam. Bukannya Hezbollah yang lumpuh tetapi tentera Zionis yang kucar-kacir akibat serangan balas dan strategi peperangan yang dijeratkan oleh Hezbollah. Sekitar 430 tentera Zionis terkorban dalam perang terbuka 33 hari tersebut. Di pihak Hezbollah sendiri kehilangan jiwa anggotanya sekitar 60 syuhada. Setiap hari lebih dari 100 roket katusya dibedil oleh Hezbollah di Utara Israel. Sejumlah 130 tank supermodern Merkava Israel yang mencerobohi Selatan Lebanon dimusnahkan. Empat puluh lapan kenderaan tentera darat turut musnah. Lima helikopter dan dua jet tempur milik Israel yang selama ini ditakuti negara-negara Arab ditembak jatuh oleh roket Hezbollah. Tiga buah kapal tentera laut (Battleship) Israel turut diserang dan dimusnahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan