Roslan SMS |
APCOUMNO ------------------------------------ Isu judi bolasepak yang dilesenkan kepada Ascot milik jutawan Vincent Tan terus hangat diperkatakan. Saya percaya ramai yang tidak ambil pusing jika tokok-tokoh bukan Islam atau bukan Melayu yang mengeluarkan kenyataan tak kiralah menyokong atau menentangnya.Malah di kalangan pemimpin politik bukan Islam sama ada dari BN mahupun dari Pakatan Rakyat, berbelah bahagi nampaknya. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Lebih tepat lagi rata-rata pemimpin PR menentang, manakala ada juga dari BN yang turut menentang. Yang menjadi pelik malah mengaibkan agama dan bangsa adalah apabila pemimpin Melayu Islam yang terpacul memberi sokongan dan mempertahankan kewajaran memberikan lesen judi ini. Alasannya konon lesen ini tidak ada kena mengena dengan orang Islam. Konon seorang Pak Menteri berkata berjudi ini hak asasi bukan Islam! Berjudi ini cara hidup bukan Islam – “gambling had always been a way of life for the non Muslims in the country” (Rais Yatim). |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, Jun 25, 2010
UMNO- ada ahli sokong ada ahli bantah JUDI.. haru biru puak-puak ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan