Ahad, Jun 20, 2010

REMAJA WANITA MAKIN TINGGI PERATUS MEROKOK???


CAP   
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (MoH) menerima moto Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) “Lindungi Wanita Daripada Asap dan Pemasaran Tembakau” untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei 2010 sebagai dorongan untuk memberikan tumpuan kepada wanita yang menjadi sasaran utama bagi pemasaran industri tembakau di Malaysia. 

Dalam laporan media baru-baru ini, Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Profesor Roslina Manap menyatakan bahawa lebih ramai wanita di seluruh dunia menjadi perokok memandangkan syarikat tembakau terus mensasarkan mereka melalui iklan dan di Malaysia, adalah dianggarkan 50% daripada perokok adalah lelaki manakala perokok wanita pula kira-kira 20% daripada lebih satu billion penduduk dunia yang merokok. 

Jelas sekali industri tembakau di sini juga telah berjaya dalam mensasarkan wanita generasi muda. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, peratus remaja perempuan yang merokok, lebih tinggi daripada remaja lelaki, amat membimbangkan, terutama sekali apabila terdapat remaja perempuan yang mula merokok sebelum mencapai usia 10 tahun. 

S. M. Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
---------------------------
RESPON : sepatutnya HARAM kan sahaja tembakau jika mudharatnya BESAR, berbanding manfaat... ROKOK PUN haramkan sahaja.. membazir duit... kesihatan pun terjejas... bimbang budak2.. mula2 dgn rokok.. lama2 dgn syabu/gam.. tu yang makin parah dunia hari ni nak lawan DADAH.. di Mexico.. kematian menjadi2 gara-gara berperang antara polis/tentera  dengan team pengedar dadah.. mengapa sanggup mati kerana dadah? itulah hidupnya.. jika DADAH jadi sumber ekonomi.. 

11 terbunuh tentera, pengedar dadah bertempur di Mexico (utusan.com.my)

20/06/2010 2:39am

REYNOSA 20 Jun - Sebelas orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara tentera Mexico dengan pengedar dadah di negeri Tamaulipas dekat sempadan Amerika Syarikat (AS), kata kementerian pertahanan.

Tiada ulasan: