Isnin, Jun 07, 2010

Lesen Percuma! Asalnya kena bayar RM10/=

Lesen runcit barangan kawalan diberi percuma
Oleh Irwan Shafrizan Ismail

2010/06/07

Peruncit hanya perlu kemuka dokumen pendaftaran syarikat

BERA: Kerajaan memutuskan lesen runcit barangan kawalan yang akan diwajibkan kepada semua peniaga yang menjual gula, tepung gandum dan minyak masak akan diberikan secara percuma.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pendaftaran lesen itu akan diluluskan dalam tempoh sehari sebelum dikuatkuasakan pada 1 Julai depan.

Tiada ulasan: