Polis lumpuh sindiket tipu guna SMS berpangkalan di Tawau
07/06/2010 5:10pm
KUALA LUMPUR 7 Jun – Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang telah memperdaya 2,656 mangsa dengan kerugian kira-kira RM6.4 juta sejak tiga tahun lepas, hasil dua serbuan di Tawau, Sabah.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun berkata, dalam serbuan yang dilakukan JSJK Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau itu 25 warga asing dan seorang wanita warga tempatan berumur antara 16 dan 41 tahun ditahan.
"Kumpulan itu menawarkan ganjaran lumayan kononnya memenangi cabutan bertuah dari syarikat besar seperti Maxis, Petronas dan Power Root telah diberkas dalam dua serbuan berasingan di dua buah rumah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hong Sun berkata, modus operandi sindiket ialah menghantar SMS secara rawak kepada orang ramai dengan mengatakan penerima SMS itu akan memenangi hadiah anjuran syarikat besar tertentu.
Mangsa kemudian diminta memberi nombor akaun bank serta dikehendaki memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut dengan alasan memudahkan urusan penghantaran hadiah, katanya.
Namun setelah wang dimasukkan nombor telefon suspek sudah tidak boleh dihubungi, katanya. – Bernama
-----------------------------------
yusz respon : TAHNIAH PDRM! SYUKUR KITA YANG SEDAR, TAK KENA.. ADA YANG BARU KENAL HP KA. ADA YANG JARANG IKUTI TV ATAU INTERNET MEMANG AKAN TERKENA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan