Suami cuti 2 minggu jaga isteri bersalin
2010/06/29
KOTA BHARU: Mulai tahun depan, semua kakitangan lelaki Kerajaan Kelantan diberi cuti dua minggu berbanding seminggu ketika ini selepas isteri mereka bersalin bagi menjaga isteri dan anak dengan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata pelaksanaan cuti dua minggu itu sejajar dengan kelulusan 90 hari cuti kepada kakitangan wanita bersalin yang dijangka diluluskan kerajaan negeri tahun depan.
Kelantan akan menjadi negeri kedua memperkenalkan kaedah ini selepas Selangor, bertujuan memberi masa mencukupi kepada kakitangan lelaki menjaga isteri serta anak dan kita yakin tindakan ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.
-------------------------------------------
RESPON : TAHNIAH PAS DAN PAKATAN RAKYAT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan