Selasa, Jun 22, 2010

Negeri Diperintah Pembangkang Kurang Aktiviti Cegah Jenayah?

Pembangkang tak fokus jenayah
Oleh Suhana Roslan


2010/06/22 (bharian.com.my)

MCPF kesal aktiviti pencegahan kurang dilaksana berbanding negeri di bawah BN

SUBANG JAYA: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kesal dengan negeri diperintah pembangkang kerana tidak banyak melaksanakan program membabitkan aktiviti pencegahan jenayah dan keselamatan berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco MCPF, Tan Sri Robert Phang, berkata kerajaan negeri pembangkang juga sepatutnya membantu Kerajaan Persekutuan dengan mengadakan program jelajah keselamatan bagi menyedarkan orang ramai berhubung kepentingan mencegah jenayah, terutama di kawasan panas. 

-------------------------------
yusz : macam kurang tepat sahaja cakap ni.. cegah jenayah dengan agama banyak dilakukan di negeri Pakatan Rakyat.. di Kelantan dan Trengganu.. diluluskan enakmen Syariah semasa Pas memerintah.. namun kekangan di peringkat Persekutuan... aurat cthnya.. kerajaan Kelantan buat kempen menutup aurat.. kerana aurat bisa menimbulkan kes rogol.. tapi isteri PM sendiri tidak menggalakkan wanita menutup aurat.. mcm mana nak cegah jenayah?

Tiada ulasan: