http://maktabahsz.blogspot.com
Tidak dinafikan kemampuan Iran untuk memusnahkan Israel. Jika Israel boleh tumpas oleh pasukan Hezbolah Lebanon dalam perang hanya 33 hari bagaimana jika ia berperang dengan sebuah negara seperti Iran.
Dunia pun tahu sikap keras Presiden Iran Dr. Ahmadinejad terhadap Amerika dan ancaman Iran untuk melenyapkan Israel daripada peta dunia. Barat sebenarnya mengakui hakikat itu. Peluru pandu Shahab 2 Iran boleh melepasi 2000 km. Ia pula boleh diubah suai untuk membawa peledak nuklear. Israel dalam jarak 1200 km adalah dlm jangkauannya. Apa lagi peluru pandu terbaru Iran yang telah diuji dan boleh menjejaki sampai ke Benua Eropah.
Ertinya pangkalan-pengkalan tentera Amerika yang berada di Timor Tengah juga dalam jangkauannya. Iran juga mempunyai Pasukan Tentera Elit yang kuat menjiwai agama dan bersedia untuk mati syahid, yang mana tidak ada negara yang memiliki pasukan seperti itu. Barat juga menyedari hakikat bahawa jika pecah perang, Selat Hormuz sebagai laluan minyak dunia boleh dikawal oleh tentera laut Iran. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan